Terima kasih kerana mengunjungi blog kami

UNDANG-UNDANG SK. PARIT LAPIS

Demi kemajuan sekolah, tatatertib dan peraturan mestilah dipatuhi oleh setiap yang terlibat.17 rukun peraturan dan tatatertib sekolah bagi SK. Parit Lapis di bawah ini dikuatkuasakan mulai 1hb Januari 1975.
1. Sesiapa jua yang hendak berjumpa dan berurusan dengan murid, guru,kakitangan sekolah dan lain-lain hal yang berkaitan dengan penggunaan bangunan, kawasan atau harta benda sekolah mestilah menemui Guru Besar / Guru Penolong Kanan atau wakilnya bagi mendapatkan persetujuan, kebenaran dan keizinan.
2. Guru-guru, kakitangan sekolah murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan / keluar sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
3. Hadir ke sekolah lebih awal daripada masa pelajaran dimulakan dan balik setelah tamat waktu persekolahan.
4. sentiasa berpakaian lengkap dan kemas seperti yang ditetapkan serta siap sedia dengan alatan tugas pelajaran.
5. sentiasa wapada / siap sedia dengan tugas masing-masing demi kemajuan, kejayaan dan kemuliaan sekolah ini.
6. setiap murid sentiasa berazam/bercita-cita tinggi bagi mencapai kemajuan di semua bidang kurilukum dank o-kurikulum.
7. sentiasa bersemangat tolong menolong,berkerjasama, ingat-mengingati dan berbaik sangka di antara satu sama lain.
8. menggunakan bahasa yang dimestikan iaitu Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dalam pertuturan.
9. dilarang bertutur dengan perkataan yang kurang sopan/memekik/menjerit atau melaung.
10. dilarang membuat kekotoran/membuang sampah sarap di dalam bilik darjah di kawasan sekolah.Sentiasa menjaga kebersihan sekolah.bilik darjah dan diri masing-masing.
11. hendaklah menggunakan letrik dan air dengan seperlunya sahaja.
12. hendaklah menghadiri semua kegiatan yang diaturkan oleh sekolah.
13. hendaklah meletakkan kenderaan masing-masing di tempat yang ditentukan.
14. dilarang berjalan di atas awasan rumput yang dipelihara, dilarang memetik bunga/daun.Bermain di padang permainan mengikut waktunya. Dilarang bermain/berlari di kawasan bangunan sekolah, diberanda/kaki lima bangunan dan tangga pintu masuk,terutama masa pelajaran / ujian/ peperiksaan sedang dijalankan.
15. Dlarang membawa/mengambil harta benda/perabot sekolah ke luar kawasan sekolah.Segala penggunaannya di jaga dengan baik dan selamat.
16. guru-guru, kakitangan,petugas harian dan pengawas-pengawas mestilah sentiasa tegas dalam pelaksanaan undang-undang sekolah.
17. mematuhi smua undang-undang sekolah serta mengamalkan dan melaksanakan kesemua kehendak dan cita-cita bagi kejayaan sekolah.